
Setiba di sana kami berkumpul dan diberitahu mana kami akan lakukan aktiviti pertama. Tempat yang pertama kami akan berehat dan membuat aktiviti pertama ialah di Terap Hut. Setiba di sana saya rasa letih kerana perjalanan agak jauh dan kami disuruh untuk menulis pendapat kami tentang sajak. Ada yang ternampak seekor ular.

Selepas melakukan aktiviti pertama, kami pun sambung perjalanan kami ke tempat rehat yang kedua dan juga aktiviti seterusnya. Perjalanan kali ini lebih jauh dan setiba disana kami harus menaiki tangga ketingkat atas. Aktiviti kedua kami pun dilakukan di situ. nama tempat itu dipanggil jelutong tower.

Selepas semua kumpulan mempersembahkan puisi mereka, kami pun berangkat ke perhentian akhir. Semasa berjalan saya terperanjat apabila seekor biawak berjalan diatas dedaun yang gugur. Bunyinya mencemaskan. Kami berjalan sehingga sampai di kedai yang menjual makanan dan minuman. Setelah berehat dan minum air, kami pun berasa puas kerana perjalanan kami sudah selesai. Saya berasa gembira kerana dapat meluangkan masa cuti bersama rakan-rakan sambil menimba ilmu.


puisi saya
Daun cempedak gugur ke bumi.
Bentuknya sungguh menarik sekali.
Hatiku lembut seperti daun ini.
Ku mahu mengikutnya tetapi ku harus pergi.